Saya, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin, ADUN Sura, menegaskan bahawa tuduhan yang mengaitkan saya dengan perbuatan menghina Yang di-Pertuan Agong adalah satu tuduhan yang sangat berat, tidak berasas, bersifat jahat dan berniat jahat (mala fide).
Peguam Zulqarnain Lukman secara terbuka telah membuat kenyataan yang memberi gambaran seolah-olah saya menghasut rakyat untuk mengurangkan kepercayaan kepada institusi Raja-Raja Melayu — sedangkan kenyataan asal saya langsung tidak menyentuh apatah lagi menghina mana-mana Raja atau institusi DiRaja.
Tuduhan ini bukan sahaja mencemar reputasi saya sebagai wakil rakyat, malah cuba mencetuskan persepsi buruk yang berunsur fitnah terhadap saya secara peribadi dan politik.
Saya sedang mengambil langkah undang-undang terhadap Zulqarnain Lukman atas kenyataan liar dan bersangka buruk ini.
Jangan menggunakan title (kononnya) ‘pakar perlembagaan’ tersebut untuk membuat sebarang tuduhan dan membawa persepsi jahat kepada seseorang.
Kita semua wajib memelihara institusi Raja-Raja Melayu. Tetapi memfitnah sesama rakyat atas nama kononnya mempertahan institusi Raja adalah perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab.
Saya akan terus bercakap tentang kebenaran dan keadilan untuk rakyat, dan saya tidak akan tunduk kepada taktik ugutan fitnah seperti ini.
“Kebenaran itu tidak boleh ditenggelamkan oleh fitnah.”
ADUN Sura , Dr Tengku Muhammad Fakhruddin
*Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.