Tragedi nahas bas pelajar UPSI: Perikatan Nasional tuntut tindakan segera dan reformasi keselamatan pengangkutan awam

June 9, 2025 · Politik · Sumber:

Perikatan Nasional merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga mangsa tragedi nahas bas yang melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang telah meragut sekurang-kurangnya 15 nyawa. Tragedi ini adalah satu tamparan hebat terhadap sistem keselamatan pengangkutan awam negara dan kita tidak boleh menganggap kejadian ini sebagai insiden terpencil semata-mata.

PN memandang serius kejadian ini dan menyeru Kerajaan Madani untuk segera mengambil langkah-langkah tegas dengan segera bagi mencegah berulangnya tragedi seumpama ini.

Antara cadangan kami adalah seperti berikut:

1. Menggesa kerajaan untuk menyemak semula dan memperkukuh penguatkuasaan peraturan sedia ada yang telah mewajibkan pemasangan dan pemakaian tali pinggang keledar, seperti diwartakan di dalam Warta Kerajaan Persekutuan: Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) (Pindaan) 2019, khususnya bagi bas yang dibina selepas 1 Januari 2020. PN juga mencadangkan agar sistem ini diperluas ke semua bas sedia ada demi keselamatan maksimum.

2. Menggesa supaya sistem pemantauan pemandu bas diperluas daripada hanya KEJARA JPJ kepada satu sistem senarai hitam antara agensi. Ini membolehkan pemandu yang mempunyai rekod kecuaian atau pelanggaran serius dikenalpasti dan disekat daripada terus beroperasi tanpa pemantauan ketat.

3. Mewajibkan pemasangan sistem GPS/telematik bagi semua bas, serta memanfaatkan teknologi AI sebagai pemudahcara. Data seperti kelajuan, lokasi, dan masa operasi perlu dipantau secara langsung oleh agensi penguatkuasa untuk mengelakkan kelalaian atau pelanggaran SOP.

4. Mengadakan audit keselamatan menyeluruh terhadap semua syarikat bas ekspres dan bas sewa khas pelajar secara berkala. Ini termasuk penilaian ke atas penyelenggaraan kenderaan dan latihan pemandu.

5. Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Bebas untuk menyiasat nahas ini dan mengenal pasti kelemahan sistemik yang perlu diperbaiki secara menyeluruh.

Sepertimana yang ditubuhkan bagi Kemalangan Maut FRU di Teluk Intan, yang dianggotai oleh Ketua Portfolio Pengangkutan PN.

Perikatan Nasional akan membawa isu ini ke Parlimen dalam sesi terdekat bagi memastikan Kerajaan tidak memandang ringan terhadap aspek keselamatan pengangkutan awam, khususnya apabila melibatkan pelajar dan generasi muda negara. Nyawa rakyat bukan statistik. Ia adalah amanah.

Dan penyelesaian jangka panjang seharusnya mengambil pendekatan โ€œwhole-of-governmentโ€, tidak lagi berkisar di peringkat Kementerian Pengangkutan.

๐˜๐ ๐ˆ๐ซ ๐“๐ฌ ๐Š๐ก๐š๐ข๐ซ๐ข๐ฅ ๐๐ข๐ณ๐š๐ฆ ๐›๐ข๐ง ๐Š๐ก๐ข๐ซ๐ฎ๐๐ข๐ง
๐€๐ก๐ฅ๐ข ๐๐š๐ซ๐ฅ๐ข๐ฆ๐ž๐ง ๐‰๐ž๐ซ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ญ
9 Jun 2025

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.