Shamsul Iskandar

November 30, 2025 · Politik · Sumber:

1.Pada 2007 sebelum saya meninggalkan Parti Keadilan, saya merasa bertanggungjawab pastikan Pemuda Keadilan dipimpin Ketua baru yang mampu kemudi Pemuda.

2.Walaupun saya telah hilang kepercayaan kepada Anwar, Pemuda Keadilan yang saya asaskan bersama sahabat2 awal perjuangan pada tahun 1999 mesti terus melangkah gagah berani sebagai lokomotif reformasi.(Hari ini sudah menjadi pengampu ketua demi laba).

3.Shamsul bukan pilihan pertama saya.Pilihan pertama saya juga seorang Exco Pemuda seangkatan Shamsul.Tetapi beliau diberi amanah memimpin sebuah gerakan Islam sebagai Presidennya dan terpaksa meninggalkan Pemuda Keadilan.

4.Ujian terakhir Shamsul sebelum mengangkatnya sebagai pengganti ialah meminta beliau mewakili Pemuda Keadilan berdebat dengan Ketua Pemuda MCA pada waktu itu.(skrg Presiden MCA).Shamsul lulus ujian agak cemerlang.Berdebat dengan lancar dan menyakinkan.

5.Pada tahun 2020, apabila PKR dilanda krisis berat saya diminta kembali oleh pengasas2 parti yang masih tersisa didalam PKR termasuk Shamsul.Saya keberatan tetapi pujukan rakan2 lama termasuk Almarhum Dr Syed Husin Ali membuatkan saya pertimbangkan demi selamatkan perjuangan Reformasi yang semakin karam.

6.Saya masih ingat, pada 1 Ramadhan tahun itu (2020), Shamsul menalipon saya beberapa minit sebelum waktu berbuka memaklumkan mendapat arahan Anwar Ibrahim meminta Shamsul menguruskan semua proses rasmi kemasukan saya kembali.Saya masih keberatan dan masih ingat Shamsul memujuk, ‘Bung, dalam kilat ada kilau..kembali lah’.

7.Kemasukan semula itu tidak berlaku kerana mesyuarat terbelah dua – bersetuju atau tidak.Anwar yang mempengerusi Mesyuarat itu menangguhkan keputusan.

8.Apabila Shamsul menalipon saya memberitahu keputusan ditangguh saya beritahu beliau saya lega kerana dapat merasakan PKR bukan lagi parti perjuangan spt dahulu.( Rafizi beberapa bulan ini mengesahkan perkara sama mengenai PKR yang hilang semangat dan budaya juang, digantikan budaya baru yang merosakkan).

9.Beberapa hari ini saya dikejutkan dengan berita mengenai Shamsul.Walaupun sejak menjadi Setpol kanan PM saya menerima banyak aduan terutama daripada kawan2 lama mengenai Shamsul, saya memilih untuk tidak mengendahkannya.

10.Shamsul mesti membuktikan dia bersih.sekiranya gagal mempertahankan dirinya, secara peribadi saya akan merasa kecewa.

11.Dari sudut perjuangan, ia akan menguatkan keyakinan saya menyertai PAS, perjuangan di akhir zaman mesti bertapakkan landasan yang jelas berasaskan prinsip agama.Atau kita akan tersasar dan tergelincir dengan ujian kuasa,harta yang luarbiasa diakhir zaman ini dan gagal bukan sahaja didunia, lebih menentukan gagal dihadapan Rabbul Jalil di akhirat kelak.

Mohamad Ezam Mohd Nor
29 November 2025

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Berita berkaitan
Revolusi politik
December 31, 2025· Politik
UMNO membunuh diri sendiri
March 13, 2025· Politik