1. Wartawan dan pemberita ada etika.
2. Bahasa mudah adab. Soalan cerminkan adab.
3. Tular video seorang wartawan bangsa Cina bertanya soalan pada Sir George Galloway aktivis politik dan mantan ahli parlimen UK yang sedang dalam siri ceramah geo-politik dunia di KL ini.
4. Tiada masalah bertanya. Malah itu “bread and butter” setiap wartawan. Cuma adab penting. Fakta juga penting. Bukan sandar pada halusinasi sentimen rasisme semata-mata.
5. Perbandingan kononnya kaum Cina di Malaysia ini alami nasib sama seperti mereka di Palestin. Kononnya ini semua peninggalan kolonisme British sama seperti konflik Palestin-Israel.
6. Tengoklah. Ini legasi kolonial British di Tanah Melayu.
7. Adakah orang Melayu amalkan asimilasi bangsa seperti di Indonesia atau Thailand?
8. Adakah orang Melayu rampas tanah dan rumah orang Cina?
9. Adakah orang Melayu rampas peluang ekonomi orang Cina?
10. Adakah orang Melayu sekat parti-parti politik orang Cina?
11. Adakah orang Melayu buat penempatan terpencil untuk orang Cina seperti di Gaza?
12. Adakah orang Cina dikepung dan disekat bantuan makanan sehingga perlu rayu pada Melayu untuk sesuap nasi?
13. Bukankah orang Cina diberi tanah, lombong-lombong, ladang-ladang , kilang-kilang sehingga nasib veteran-veteran tentera dan polis yang melawan komunis tidak dapat layanan sedemikian rupa?
14. Adakah orang Melayu sekat syarikat-syarikat Cina dari masuk pasaran saham?
15. Adakah orang Melayu sekat suratkhabar, berita, filem, muzik dan budaya artis Cina?
16. Adakah orang Melayu sekat anak-anak Cina belajar menulis dan membaca bahasa Mandarin, Kantonis, Hokkien, Hakka?
17. Adakah orang Melayu terasa hati bila masih ada orang Cina yang kekal tidak fasih berbahasa melayu?
18. Adakah orang Melayu sekat orang Cina dari buka ladang ternak khinzir (BABI)?
19. Adakah orang Melayu halang orang Cina buka restoran makanan tidak halal?
20. Adakah orang Cina ditindas dan merana dengan memonopoli rantaian bekalan dan perniagaan sehingga memegang 10 orang terkaya dalam Malaysia?
21. Adakah orang Melayu halang orang Cina berpesta mabuk arak?
22. Adakah orang Melayu halang orang Cina dari bakar wang kertas dan colok di taman perumahan?
21. Adakah orang Melayu halang orang Cina berniaga kasino di Genting Highland?
22. Salahkah orang Melayu memperjuangkan hak kontrak sosial di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui nenek moyang Cina?
23. Amat tidak masuk akal apabila hendak disamakan orang Cina di Malaysia dengan penduduk Palestin mahupun nasib orang Cina di negara-negara lain di dunia ini.
24. Sampai bila mohon maaf?! Dari bendera terbalik, kalimah Allah di stokin, dan kini isu wartawan Cina tanya soalan provokatif kepada warga bekas penjajah?
25. Orang Melayu tak perlu maaf dari kamu.
26. Tarik balik kewarganegaraan kerana jelas wartawan ini bukan rakyat Malay -Sia ( Malay maksudnya Melayu, sia adalah Tanah).
27. Sejarah luka masih terpahat, Raja Melayu pun (Raja Abdullah) di buang ke Pulau Seychelles kerana perjuangan demi tanah air.
28. Fakta tepat, jangan lupa sistem Kangcu (cara kedatangan orang Cina).
29. Cukuplah ambil kesempatan atas kemurahan hati orang Melayu.
30. Jangan kejut harimau yang sedang tidur.
Rafique Rashid
Ketua Penerangan Pejuang
15.01.2026
*Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.
