Laporan polis ke atas pemilik akaun palsu bernama “Muhammad Zikri Hashim”

April 11, 2025 · Politik · Sumber:

1. Pada petang tadi, saya telah hadir ke IPD Kuala Terengganu bagi membuat laporan polis ke atas akaun palsu bernama “Muhammad Zikri Hashim” yang dengan sengaja menggunakan gambar saya bagi tujuan melagakan dan memberi komen provokatif terhadap orang lain.

2. Malah tanpa segan silu pada hari ini juga akaun palsu ini telah membuat pengakuan secara terbuka sengaja memperguna dan memanipulasi gambar saya.

3. Akaun palsu yang berniat jahat ini telah mencemarkan nama dan imej saya, serta banyak membuat hantaran yang mengelirukan, kemuncaknya berkenaan isu intimidasi politik terhadap Menteri Besar Terengganu.

4. Kesan daripada akaun palsu tersebut menyebabkan privasi serta emosi saya dan keluarga terganggu kerana telah dikongsi ke serata ‘group facebook’ oleh cybertrooper mahupun pimpinan parti PH-BN. Netizen beranggapan sayalah yang membuat hantaran-hantaran yang provokatif dan menggelirukan itu.

5. Saya beranggapan bahawa tindakan menyebarkan dan menggunakan gambar seseorang tanpa kebenaran hingga membuatkan dirinya dimalukan, diganggu dan seumpamanya boleh dikategorikan sebagai perbuatan buli siber (Cyber Bully).

6. Kepada mereka yang ‘share’ hantaran Muhammmad Zikri Hashim yang menggunakan gambar saya, saya berikan masa sehingga malam ini untuk dipadamkan, atau kalian juga akan saya heret melalui peruntukan perundangan yang ada. Saya juga telah lampirkan beberapa akaun pimpinan PH yang menyebarkan hantaran akaun palsu menggunakan gambar saya ini dalam laporan tadi.

7. Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu Seksyen 233.

8. Terima kasih kepada pihak PDRM atas kerjasama yang diberikan. Alhamdulillah, segala keterangan telah pun diambil sebaiknya.

9. Buat pemilik akaun palsu yang lain, hati-hati dan berjaga-jaga, segala hantaran dan komen yang anda lakukan sedang diperhati dan turut akan diambil tindakan sewajarnya.

Muhamad Irfan,
Kuala Nerus


Berita berkaitan
‘NFA’ kes serangan asid Faisal Halim, titik hitam dalam sejarah sukan negara!
May 8, 2025· Politik
Insiden Putra Heights: PN sambut baik kenyataan Ketua Polis Selangor, mahu siasatan profesional dan telus
April 5, 2025· Politik