{"id":220,"date":"2026-04-08T09:06:26","date_gmt":"2026-04-08T01:06:26","guid":{"rendered":"https:\/\/malaysianometry.com\/?p=220"},"modified":"2026-04-08T09:06:26","modified_gmt":"2026-04-08T01:06:26","slug":"insiden-gangguan-ucapan-kp-sprm-manifestasi-kemarahan-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/malaysianometry.com\/insiden-gangguan-ucapan-kp-sprm-manifestasi-kemarahan-rakyat\/","title":{"rendered":"Insiden gangguan ucapan KP SPRM: Manifestasi kemarahan rakyat"},"content":{"rendered":"<p>1. Insiden gangguan ketika Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menyampaikan ucapan semalam di Program Wacana Ilmiah Perdana adalah satu perkara yang tidak boleh dinormalisasikan. Ia bukan tempatnya dan bukan juga caranya untuk menyampaikan bantahan di ruang program rasmi sebegitu.<\/p>\n<p>2. Namun, perlu juga dinyatakan bahawa, itulah manifestasi kemarahan rakyat yang sedang meluap-luap sekarang terutama berkait isu integriti dan moral khususnya badan yang sepatutnya menjadi pengawal kepada integriti iaitu SPRM. Insiden itu bukan sekadar aksi spontan, tetapi mencerminkan keresahan yang lebih mendalam dalam kalangan sebahagian rakyat terhadap isu yang masih belum terjawab dengan tuntas di mata awam.<\/p>\n<p>3. Kemarahan ini tidak boleh dipisahkan daripada rentetan isu yang membelenggu institusi tersebut, termasuk dakwaan pemilikan saham yang melibatkan Tan Sri Azam Baki sendiri, serta pendedahan berkaitan kewujudan \u2018mafia korporat\u2019 yang didakwa mempunyai jaringan dan pengaruh tertentu dalam sistem penguatkuasaan. Lebih pelik, kerajaan dilihat masih berdolak-dalik tanpa sebarang tindakan segera walaupun Tan Sri Azam sendiri mengesahkan bahawa mafia korporat itu wujud. Ini belum mengambil kira pendedahan oleh ahli perniagaan Victor Chin yang turut membangkitkan persoalan serius terhadap integriti, termasuk kaitan yang menyentuh parti teras pentadbiran kerajaan hari ini. Dalam keadaan ini, rakyat melihat seolah-olah isu besar hanya dijawab dengan kenyataan, bukan tindakan tegas yang mampu mengembalikan keyakinan.<\/p>\n<p>4. Realitinya, tahap kepercayaan rakyat terhadap kerajaan pada hari ini berada dalam keadaan yang semakin rapuh. Rakyat melihat bagaimana isu-isu besar seperti integriti, salah guna kuasa dan dakwaan pengaruh korporat tidak ditangani dengan ketegasan yang sewajarnya. Dalam keadaan ini, sebarang insiden seperti gangguan di program rasmi menjadi simbol kepada rasa kecewa yang terkumpul bukan sekadar terhadap individu, tetapi terhadap keseluruhan sistem pentadbiran negara.<\/p>\n<p>5. Walaupun kita menolak pendekatan gangguan dalam program rasmi sebagai kaedah menyuarakan bantahan, kita tidak boleh menafikan punca yang mendorongnya. Kemarahan rakyat tidak muncul dalam vakum; ia terbina daripada persepsi, pengalaman dan rasa ketidakpuasan yang berpanjangan. Jika tidak ditangani dengan bijaksana, ia berpotensi merebak ke ruang-ruang lain yang lebih sukar dikawal.<\/p>\n<p>6. Penyelesaian sebenar bukan sekadar mengawal simptom seperti gangguan fizikal di program awam, tetapi menangani akar permasalahan iaitu memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi. Ketelusan yang menyeluruh, siasatan yang benar-benar bebas termasuk terhadap isu pemilikan saham dan dakwaan mafia korporat, serta keberanian politik untuk bertindak tanpa kompromi adalah kunci untuk meredakan ketegangan ini. Tanpa langkah tersebut, insiden seperti ini mungkin akan berulang, dalam bentuk yang lebih besar dan lebih sukar dibendung.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Gangguan program Azam Baki mencerminkan kemarahan rakyat terhadap isu integriti, mafia korporat, dan kegagalan kerajaan memulihkan kepercayaan awam<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":221,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[107,27],"authors":[21],"class_list":["post-220","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-azam-baki","tag-sprm","authors-ahmad-fadhli-shaari"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/posts\/220","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/comments?post=220"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/posts\/220\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/media\/221"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/media?parent=220"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/categories?post=220"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/tags?post=220"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/authors?post=220"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}