{"id":251,"date":"2026-06-26T21:08:33","date_gmt":"2026-06-26T13:08:33","guid":{"rendered":"https:\/\/malaysianometry.com\/?p=251"},"modified":"2026-06-26T21:08:33","modified_gmt":"2026-06-26T13:08:33","slug":"meluruskan-fakta-mengenai-isu-pintu-belakang-ke-universiti-awam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/malaysianometry.com\/meluruskan-fakta-mengenai-isu-pintu-belakang-ke-universiti-awam\/","title":{"rendered":"Meluruskan fakta mengenai isu pintu belakang ke universiti awam"},"content":{"rendered":"<p>Bagi menangkis naratif songsang dan kesalahfahaman masyarakat mengenai isu yang saya bangkitkan, berikut adalah penjelasan saya:<\/p>\n<p><strong>1. Mengapa ketika menjadi Naib Canselor dahulu saya tidak membangkitkan isu ini?<\/strong><br \/>\nKerana pada ketika itu pelaksanaan saluran ini belum dipromosikan secara meluas seperti hari ini. Malahan saya sendiri tidak mendukung cara kemasukan melalui kaedah Saluran Terbuka yang mana saya rujuk sebagai Pintu Belakang.<br \/>\nNamun begitu, setelah saya tidak lagi berkhidmat sebagai Naib Canselor khususnya beberapa tahun kebelakangan ini, trend kemasukan melalui saluran ini semakin berkembang dan dilihat IPTA semakin rancak mempromosikannya.<br \/>\nSaya mula bersuara apabila melihat perkara ini semakin serius penelitian serius diperlukan demi memastikan akses ke universiti awam berasaskan merit terus kekal terpelihara kepada semua rakyat Malaysia.<\/p>\n<p><strong>2. Adakah saya membuat fitnah?<\/strong><br \/>\nTidak. Saya mempunyai fakta, data dan asas yang kukuh bagi setiap kenyataan yang saya buat. Pengalaman dan dokumen serta bukti berkaitan akan saya kemukakan kepada pihak mahkamah melalui pasukan peguam saya.<\/p>\n<p><strong>3. Adakah ini serangan politik?<\/strong><br \/>\nTidak. Perjuangan saya adalah untuk memperbaiki sistem pendidikan tinggi negara. Saya berhujah atas isu kelemahan polisi yang diguna pakai hari ini oleh IPTA dan KPT.<\/p>\n<p>Saya percaya semua pihak, tanpa mengira fahaman politik, sepatutnya bersama mempertahankan hak anak-anak Malaysia untuk mendapat akses pendidikan tinggi khususnya ijazah sarjana muda secara adil iaitu kemasukan berasaskan merit.<\/p>\n<p>Mengapa kemasukan berasaskan merit sangat penting?<\/p>\n<p>Ia adil kepada semua pihak. Tempat anak miskin yang layak mengikuti program akademik berasaskan merit tetapi &#8216;dijual&#8217; kepada pelajar yang mempunyai kewangan yang baik iaitu melalui Saluran Terbuka @ Pintu Belakang. Baik pelajar itu ada merit yang bagus atau lebih rendah, memberikan tempat kepadanya adalah satu kezaliman kepada pelajar miskin tersebut.<\/p>\n<p>Tambahan pula, saya memiliki data permohonan kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Universiti Awam diterima melalui UPUOnline. Daripada jumlah itu, saya tahu berapa ramai berjaya ditawarkan tempat dan berapa ramai gagal.<\/p>\n<p><strong>4. Adakah benar saya menyebut jumlah seperti diperkatakan?<\/strong><br \/>\nYa, benar. Angka tersebut bukan dibuat secara sewenang-wenangnya. Saya mempunyai asas dan analisis yang menyokong kenyataan tersebut. Malah, data yang berada dalam simpanan saya menunjukkan jumlahnya berpotensi lebih besar daripada itu.<\/p>\n<p><strong>5. Bukankah private wing memang ada wujud di IPTA?<\/strong><\/p>\n<p>Ya, memang ada beberapa IPTA memilikinya. Malahan konsep private wing sebenar perlu ada entiti sendiri iaitu mempunyai bangunan, fasiliti dan program akademiknya sendiri. Private wing seperti ini tidak menjadi masalah.<\/p>\n<p>Apa yang menjadi persoalan utama ialah apabila private wing itu menggunakan kemudahan IPTA tanpa tadbir urus dan pemisahan yang jelas antara operasi public wing (IPTA) dan private wing (entiti swasta milik IPTA itu).<\/p>\n<p>Lebih buruk lagi dari aspek tadbir urus apabila pelajar masuk melalui Saluran Terbuka @ private wing dengan yuran komersil @ penuh tetapi belajar dalam kelas yang sama dengan pelajar yang masuk melalui saluran UPU yang hanya membayar 10 peratus sahaja dari keseluruhan yuran pengajian.<\/p>\n<p><strong>6. Adakah isu yang saya bangkitkan juga merujuk kepada pelajar yang masuk melalui saluran Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ), APEL, program kerjasama khas industri, program kerjasama khas institusi\/agensi dan seumpama dengannya?<\/strong><br \/>\nTidak. Apa yang saya bangkitkan ialah berkaitan program akademik sepenuh masa dan lebih tepat lagi ijazah sarjana muda. Mereka yang masuk ke satu-satu program akademik itu dengan membayar yuran penuh dan atas sebab membayar yuran penuh itu, syarat atau merit mereka lebih rendah dari kumpulan pelajar yang masuk melalui saluran UPU yang berasaskan merit sepenuhnya.<\/p>\n<p>Pelajar melalui Saluran Terbuka ini mengikuti pengajian menggunakan kelas, pensyarah, makmal, fasiliti dan infrastruktur yang sama dengan pelajar yang mendapat tempat melalui UPU.<\/p>\n<p>Inilah titik utama permasalahan yang saya bangkitkan. Secara khususnya saya mempersoal kegagalan IPTA mendukung aspirasi pendidikan negara, prinsip tadbir urus baik, integriti dan tanggungjawab moral dalam mengurus dan menggunakan fasiliti universiti awam yang dibiayai oleh wang pembayar cukai.<\/p>\n<p><strong>7. Mengapa saya dihadapkan ke mahkamah?<\/strong><br \/>\nDifahamkan terdapat 15 laporan polis yang dibuat dan kebanyakannya melibatkan universiti awam. Tidak pelik mengapa mereka membuat laporan polis kerana universiti awam ini giat mempromosikan saluran terbuka ini.<\/p>\n<p>Saya juga melihat terdapat beberapa institusi yang memberikan kenyataan secara terbuka di media sosial sehingga menimbulkan persepsi seolah-olah mereka sedang mengambil pendirian dalam polemik ini.<\/p>\n<p>Walau bagaimanapun, saya menghormati proses undang-undang dan akan menjawab segala dakwaan melalui saluran mahkamah.<\/p>\n<p><strong>8. Adakah pertuduhan ini bermakna saya bersalah?<\/strong><br \/>\nTidak. Saya telah mengaku tidak bersalah dan memohon supaya kes ini dibicarakan sepenuhnya di mahkamah.<\/p>\n<p>Sebutan semula kes telah ditetapkan pada 30 Julai 2026 bagi tujuan serahan dokumen.<\/p>\n<p><strong>9. Apa yang berlaku semasa prosiding mahkamah?<\/strong><\/p>\n<p>Pihak pendakwaan memohon wang jaminan sebanyak RM10,000 serta memohon supaya passport antarabangsa saya diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.<\/p>\n<p>Barisan peguam saya, yang diketuai oleh Tuan Mohd Faizi Che Abu, berhujah bahawa jumlah tersebut adalah tidak munasabah dan bersifat menghukum.<\/p>\n<p>Beliau turut berhujah bahawa permohonan sekatan perjalanan adalah tidak wajar kerana ia seolah-olah menghukum seorang tertuduh sebelum kes diputuskan oleh mahkamah.<\/p>\n<p>Mahkamah akhirnya membenarkan saya diikat jamin sebanyak RM5,000, tanpa sebarang sekatan perjalanan dan tanpa syarat tambahan.<\/p>\n<p>Sesungguhnya perjuangan saya adalah untuk seluruh anak-anak Malaysia (Melayu, Cina, India, Sabah Sarawak dan lain-lain) khususnya daripada keluarga kurang berkemampuan B40 dan M40 untuk mendapat peluang yang adil bagi melanjutkan pengajian ke IPTA iaitu berdasarkan merit, keadilan dan ketelusan.<\/p>\n<p>Haim Hilman Abdullah<br \/>\n26.06.2026<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p> Haim Hilman bantah kemasukan pintu belakang IPTA, punya data kukuh.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":252,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[204,141,144,180,203],"authors":[145],"class_list":["post-251","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-haim-hilman","tag-ipta","tag-kpt","tag-pendidikan","tag-pintu-belakang","authors-dr-haim-hilman"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/posts\/251","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/comments?post=251"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/posts\/251\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/media\/252"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/media?parent=251"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/categories?post=251"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/tags?post=251"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/authors?post=251"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}