{"id":314,"date":"2026-10-20T17:10:17","date_gmt":"2026-10-20T09:10:17","guid":{"rendered":"https:\/\/malaysianometry.com\/?p=314"},"modified":"2026-10-20T17:11:34","modified_gmt":"2026-10-20T09:11:34","slug":"pn-cabar-pembatalan-pendaftaran-ros-di-mahkamah-pada-22-oktober","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/malaysianometry.com\/pn-cabar-pembatalan-pendaftaran-ros-di-mahkamah-pada-22-oktober\/","title":{"rendered":"PN cabar pembatalan pendaftaran RoS di Mahkamah pada 22 Oktober"},"content":{"rendered":"<p>Perikatan Nasional (PN) akan mencabar tindakan pembatalan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) melalui proses undang-undang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Oktober ini.<\/p>\n<p>Peguam, Rafique Rashid, berkata PN telah memperoleh kebenaran untuk meneruskan semakan kehakiman terhadap ROS dan Menteri Dalam Negeri berhubung notis penggantungan aktiviti gabungan itu sebelum ini.<\/p>\n<p>Beliau menyifatkan tindakan pembatalan pendaftaran PN sebagai sesuatu yang telah dijangkakan, namun mempersoalkan kewajaran keputusan berkenaan yang didakwanya seolah-olah mempunyai unsur mala fide, iaitu niat jahat.<\/p>\n<p>\u201cKita akan lawan di mahkamah. Kita akan berada di mahkamah pada 22 haribulan,\u201d katanya ketika bercakap kepada media.<\/p>\n<p>Rafique turut mengingatkan bahawa tindakan kerajaan pada 2018 yang menurutnya mempunyai persamaan dengan situasi semasa pernah mencetuskan kemarahan rakyat dan dianggap sebagai salah guna kuasa.<\/p>\n<p>Beliau mempersoalkan tindakan kerajaan ketika ini yang, katanya, membawa imej demokrasi dan tatakelola baik tetapi didakwa mengulangi perbuatan sama.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Rafique menyeru rakyat supaya menyatakan pendirian terhadap kerajaan melalui peti undi, termasuk dalam pilihan raya di Melaka, Sarawak dan kawasan lain di seluruh negara.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berasingan, Rafique memaklumkan pengurusan kes saman Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlangsung pada 4 Disember 2026 di Mahkamah Tinggi Shah Alam.<\/p>\n<p>Menurutnya, beliau telah memohon mahkamah memberikan ruang masa kepada bekas Perdana Menteri itu untuk mempertimbangkan langkah seterusnya dalam kes berkenaan.<\/p>\n<p>Rafique menjelaskan bahawa tarikh 21, 22 dan 29 yang tersebar di media sosial berkaitan kes tersebut merujuk kepada tarikh pada tahun lalu, manakala pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 4 Disember 2026.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" width=\"560\" height=\"315\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/J8Fhz_RPmME?si=eWqj6kcRnkqGMUG6\" title=\"YouTube video player\" frameborder=\"0\" allow=\"accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture; web-share\" referrerpolicy=\"strict-origin-when-cross-origin\" allowfullscreen><\/iframe><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rafique menyifatkan tindakan RoS batal PN seolah-olah mempunyai unsur niat jahat.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":315,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[39,91,224,222],"authors":[],"class_list":["post-314","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-mahkamah","tag-perikatan-nasional","tag-rafique-rashid-ali","tag-ros"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/posts\/314","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/comments?post=314"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/posts\/314\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/media\/315"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/media?parent=314"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/categories?post=314"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/tags?post=314"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/authors?post=314"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}