{"id":317,"date":"2026-10-20T17:48:31","date_gmt":"2026-10-20T09:48:31","guid":{"rendered":"https:\/\/malaysianometry.com\/?p=317"},"modified":"2026-10-20T17:48:31","modified_gmt":"2026-10-20T09:48:31","slug":"demokrasi-hanya-teori-guna-taktik-lapuk-lagi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/malaysianometry.com\/demokrasi-hanya-teori-guna-taktik-lapuk-lagi\/","title":{"rendered":"Demokrasi hanya teori, guna taktik lapuk lagi"},"content":{"rendered":"<p>1. Hari ini, pendaftaran Perikatan Nasional dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) serta merta.<\/p>\n<p>2. Alasannya, konon ada pelanggaran Akta Pertubuhan dan perlembagaan gabungan.<\/p>\n<p>3. Undang-undang mesti dipatuhi. Tidak ada pertikaian soal itu.<\/p>\n<p>4. Tapi undang-undang juga mesti dilaksanakan dengan adil. Bukan hanya adil pada kertas, tapi wajib dilihat adil dalam prosesnya.<\/p>\n<p>5. Pada 13 Oktober 2026, Mahkamah Tinggi beri kebenaran kepada PN untuk mulakan semakan kehakiman.<\/p>\n<p>6. Pendengaran permohonan penangguhan pula telah ditetapkan pada 22 Oktober 2026.<\/p>\n<p>7. Tapi pada 20 Oktober 2026, pendaftaran PN sudah dibatalkan.<\/p>\n<p>8. Dua hari lagi pun tidak boleh tunggu? Betul tak ada niat nak sekat hak demokrasi rakyat?<\/p>\n<p>9. Apa alasan undang-undang yang kukuh? Jika ada, jelaskan kepada rakyat dan pertahankan di Mahkamah.<\/p>\n<p>10. Persoalannya bukan sekadar sama ada ROS mempunyai kuasa. Persoalannya juga bagaimana, bila dan atas alasan apa kuasa itu digunakan.<\/p>\n<p>11. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semua orang tahu dia pemangku Timbalan Presiden PKR, ada kewajipan tanggungjawab untuk jelaskan kebebasan ROS dalam membuat keputusan tersebut.<\/p>\n<p>12. Kita pernah saksikan pertikaian mengenai penyalahgunaan kuasa pendaftaran pertubuhan terhadap sesuatu parti politik pada masa lalu.<\/p>\n<p>13. Apakah kita sedang lihat sejarah yang berulang? Jangan malas belajar sejarah.<\/p>\n<p>14. Kalau benar ROS bertindak secara bebas, tidak sepatutnya sukar untuk menjelaskan proses dan asas keputusannya.<\/p>\n<p>15. Lebih-lebih lagi bilamana pembatalan dibuat ketika proses kehakiman sedang berjalan dan pilihan raya negeri Melaka semakin hampir.<\/p>\n<p>16. Apakah terdapat sebarang arahan atau campur tangan politik? Jika tiada, nyatakan dengan jelas. Itu pun rakyat tahu dan faham. Bukan mudah nak bohong rakyat.<\/p>\n<p>17. Kerajaan tidak sepatutnya biar timbul persepsi bahawa kuasa pentadbiran digunakan untuk menyekat persaingan politik.<\/p>\n<p>18. BERSATU pula sambut keputusan tersebut dengan salahkan kepimpinan PAS.<\/p>\n<p>19. \u2060Tak payahlah BERSATU berlakon terkejut lagi.<\/p>\n<p>20. Setiausaha Agung BERSATU, Mohamed Azmin Ali, kata bahawa keputusan ROS bukti kegagalan tadbir urus PN.<\/p>\n<p>21. BERSATU juga sebut tentang demokrasi, ketelusan dan hak parti komponen.<\/p>\n<p>22. Baguslah. Semua itu prinsip yang penting.<\/p>\n<p>23. Tapi kalau prinsip jadi ukurannya, semua tindakan dan pendirian BERSATU sendiri juga patut diperiksa guna ukuran yang sama.<\/p>\n<p>24. Apakah kedudukan sebenar BERSATU terhadap kerjasama politik dengan Pakatan Harapan? Sibuk nak tubuh Ikatan Prihatin Rakyat untuk jadi tali barut pada Pakatan Harapan sedangkan sibuk mengaku masih parti komponen PN?<\/p>\n<p>25. Laporan cadangan hubungan kerjasama antara BERSATU dan pentadbiran PH Selangor dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Takkan lupa?<\/p>\n<p>26. \u2060Hubungan itu tak kabur. BERSATU paling tahu dan faham tentang soal kekaburan.<\/p>\n<p>27. Adakah kerjasama tersebut mempunyai hubungan dengan pertikaian dalam PN? Atau kedua-duanya perkara yang berasingan?<\/p>\n<p>28. Rakyat berhak dapat jawapan. Bukan sekadar kenyataan yang salahkan pihak lain.<\/p>\n<p>29. Begitu juga dengan dakwaan bahawa pembatalan PN bermotifkan politik menjelang pilihan raya Melaka.<\/p>\n<p>30. Dakwaan itu serius. Ia mesti diteliti berdasarkan dokumen, urutan kronologi tindakan dan keterangan yang boleh diuji.<\/p>\n<p>31. ROS kata penjelasan PN tidak mencukupi. PN pula pertikai proses pembatalan dan berhasrat mencabarnya di Mahkamah.<\/p>\n<p>32. Maka biarlah alasan kedua-dua pihak diuji secara terbuka.<\/p>\n<p>33. Demokrasi tidak jadi lebih kukuh bilamana keputusan pentadbiran dianggap sentiasa betul.<\/p>\n<p>34. Ketelusan dan kebertanggungjawaban hampir hilang. Masih adakah lagi?<\/p>\n<p>35. Kalau pembatalan itu sah, jelaskan asasnya. Kalau prosesnya cacat, betulkan melalui saluran undang-undang.<\/p>\n<p>36. Kalau betul Pakatan Harapan dan BERSATU ini begitu yakin bahawa rakyat sokong pendirian masing-masing, adakan terus PRU-16.<\/p>\n<p>37. Adakah kerajaan sedia sahut cabaran PRU-16 lebih awal supaya rakyat dapat beri mandat baru.<\/p>\n<p>38. \u2060Keputusan mengenai pembubaran Parlimen tetap tertakluk kepada Perlembagaan. Tetapi perbahasan tentang mandat rakyat tidak sepatutnya ditutup.<\/p>\n<p>39. \u2060Tapi semua tahu keputusannya, Pakatan Harapan dan BERSATU juara di media sosial bila kumpul emoji ketawa dari rakyat segenap lapisan.<\/p>\n<p>40. Buatlah PRU-16. Rakyat pun sudah muak dan jelik dengan sandiwara kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>41. Demokrasi sebenar bilamana keputusan pentadbiran boleh dicabar di Mahkamah.<\/p>\n<p>42. \u2060Mandat politik pula akhirnya ditentu oleh kuasa pilihan rakyat.<\/p>\n<p>Rafique Rashid Ali<br \/>\n20.10.2026<\/p>\n<p>* Rafique adalah Ketua Penerangan Pejuang.<\/p>\n<p>* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi portal ini.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" title=\"YouTube video player\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/J8Fhz_RPmME?si=eWqj6kcRnkqGMUG6\" width=\"560\" height=\"315\" frameborder=\"0\" allowfullscreen=\"allowfullscreen\"><\/iframe><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pembatalan PN oleh ROS dipersoal, BERSATU disindir dan kerajaan dicabar adakan PRU-16 lebih awal.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":293,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[169,31,39,91,224,222],"authors":[159],"class_list":["post-317","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-demokrasi","tag-mahkamah","tag-perikatan-nasional","tag-rafique-rashid-ali","tag-ros","authors-muhammad-rafique-rashid-ali"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/posts\/317","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/comments?post=317"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/posts\/317\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/media\/293"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/media?parent=317"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/categories?post=317"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/tags?post=317"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/malaysianometry.com\/api\/wp\/v2\/authors?post=317"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}