Bailout Sapura Energy: PH jilat ludah sendiri

March 17, 2025 · Politik · Sumber:

1. Bailout yang sama pernah dicadangkan oleh DS Najib Razak pada tahun 2022 dan telah diselar oleh YB Rafizi Ramli ketika itu.

2. Bailout adalah penggunaan sejumlah dana dari pihak ketiga sama ada kerajaan atau GLC sebagai suntikan kepada industri atau syarikat bahkan negara untuk menampung masalah hutang yang serius.

3. Amalan bailout untuk menyelamatkan syarikat berhutang telah lama ditentang oleh PH terutama dari PKR dan DAP. Bahkan YB Rafizi pernah menyifatkannya sebagai “buruk dan wajar ditolak” kerana menggunakan dana awam.

4. Persoalannya apakah amalan bailout ini diterima ketika menjadi kerajaan dan ditolak semasa menjadi pembangkang sahaja?

5. Dimanakah hilangnya ketegasan para menteri khususnya dari MOF dan Menteri Ekonomi dalam memastikan dana awam digunakan untuk keperluan yang sebaiknya bukan untuk menanggung hutang syarikat yang tidak kompetan. 1.1 bilion dana bukan satu jumlah yang sedikit.

6. Apa pandangan DAP dan PKR berkenaan isu ini dan apakah kejadian “Jilat Ludah Sendiri” dan “Meludah ke Langit” seperti beberapa isu sebelum ini akan terus berlaku lagi?

Exco Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Irsyad Syafiq

12 Mac 2025

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Berita berkaitan
Isham Jalil persoal Belanjawan 2027, dakwa kerajaan campur perbelanjaan GLC untuk besarkan angka
October 15, 2026· Politik
Fadhli dakwa PH dipimpin Anwar ‘tidaklah sehebat mana’, ramal gelombang Melayu bakal merebak
July 20, 2026· Politik
Islam wajib dimuliakan walaupun dihina
March 17, 2025· Politik
Kerajaan perlu dedahkan audit forensik Sapura Energy Berhad
March 14, 2025· Politik