Gangster Global

January 4, 2026 · Politik · Sumber:

1. Dalam jangkamasa 2 jam 20 minit Caracas diserang hendap. Presiden Venezuela Nicolas Maduro dan isterinya Cilia Flores ditahan tentera Amerika serta diterbangkan ke New York.

2. Washington menyatakan operasi Absolute Resolve ini adalah kerana Maduro dan Venezuela terlibat dalam “narco-terrorism.” Bahasa mudahnya kartel dadah.

3.Tetapi isu geo politik global adalah sesuatu kita semua mesti sedar. Ia tidak atas kertas hitam putih ia ada dalam lipatan sejarah. Gagal baca sejarah maka kita akan ulang salah yang sama.

4.Pada tahun 1970 Arab Saudi bersetuju untuk harga minyak dikira dengan dollar amerika. Negara pengeluar minyak juga, (OPEC), ikut cara sama.

5.Ini menyebabkan matawang dunia menurut sistem fiat currency. Semua guna dollar amerika. Tidak lagi sistem Bretton Wood. Matawang dollar diapung tidak lagi bersandar emas.

6.Kesan mudahnya, Amerika Syarikat kuasai dunia kerana semua yang hendak bergadang dengan minyak mesti guna dollar amerika.

7.Sekarang, ekonomi Amerika tidak mampu bertahan. Inflasi dan peluang pekerjaan makin parah. Rizab minyak Amerika pula pada tahap paling rendah.

8.Perkumpulan BRICS mula berdagang sesama mereka . Terdapat gesaan juga untuk matawang yuan( China) dan matawang BRICS digunakan sesama mereka. Dasarnya, dunia mula pulau matawang amerika.

9.Bila rizab minyak Amerika mula tunjuk lampu merah, maka Amerika terpaksa cari punca baru. Minyak ada pelbagai kualiti. Yang baik atau premium untuk dijual. Maka mesti cari deposit minyak mentah untuk diproses atau disuling supaya boleh jual pada harga tinggi.

10. Deposit atau tempat tinggal minyak mentah paling tinggi di dunia sekarang ini adalah di Orinoco Belt. Ya, di Venezuela.

11.Venezuela pula sejak zaman Presiden Hugo Chavez ( 1999-2013) mempunyai dasar anti Amerika. Itu juga pegangan Nicolas Maduro. Malah Amerika Syarikat juga kenakan pelbagai sekatan ke atas Venezuela. Seperti juga atas Russia dan Iran.

12.Malah, Maduro sedang dalam proses untuk membawa Venezuela ke sistem Cross Border Interbank Payment System (CIPS). Ia adalah sistem perbankan yang mana Venezuela akan berdagang minyak atau barangan lain dan jual belinya dalam yuan bukan dollar amerika.

13.Maka, sekarang jelas mengapa Caracas jadi sasaran.

14.Dunia mesti tempelak perbuatan Amerika Syarikat ini.

15.Amerika Syarikat mesti patuh pada undang-undang dunia. Setiap negara ada hak berdagang dengan sesiapa sahaja asalkan ianya tidak melanggar undang-undang serta keamanan.

16.Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) ditubuh selepas perang dunia sebagai satu kesatuan dimana dunia ini aman. Tiada siapa ketuai dunia . Ia milik semua negara dan ada set undang-undang yang mesti diikuti semua negara. Kecil atau besar. Kuat atau lemah. Kaya atau miskin.

17.Perbuatan Amerika Syarikat mesti dikutuk. Tidak hanya sekadar lahir kerisauan atau nasihat atas kertas.

18. Malaysia juga mesti lantang bersuara. Tindakan mesti dikecam keras bukan bantahan lemah. Jata negara atas kenyataan media mesti melambangkan keberanian kita bukan sebagai koloni mana-mana kuasa besar.

19.Malaysia juga memiliki pelbagai hasil mentah. Minyak dan nadir bumi. Adakah kita akan terima sahaja kalau suatu hari nanti Amerika Syarikat serang Kuala Lumpur kerana kita hendak jual minyak atau nadir bumi ke negara lain dengan matawang yuan atau mana-mana matawang BRICS?

20. Sedarkah kita kesan Perjanjian Anwar Trump 2025 sekarang?

21.Perjanjian ini mesti dibatalkan.

22.Amerika Syarikat gangster global yang mesti dikutuk. Kalau tidak,sah kita proksi mereka.

Rafique Rashid
Ketua Penerangan Pejuang
04.01.2026

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Berita berkaitan
Letak Jawatan Berjemaah
October 29, 2025· Politik
All for a pen
October 27, 2025· Politik