Hadi: Terpulang kepada Gerakan, MIPP singkir Bersatu atau PAS dalam PN

June 12, 2026 · Politik · Sumber:

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata keputusan sama ada untuk mengekalkan Bersatu atau PAS dalam Perikatan Nasional (PN) kini bergantung kepada parti-parti anggota lain, khususnya Parti Gerakan Rakyat Malaysia dan Malaysian Indian People’s Party.

Menurut beliau, PAS telah memutuskan hubungan politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, namun kedudukan Bersatu dalam PN masih tertakluk kepada perlembagaan gabungan dan keputusan majoriti parti anggota.

“Bersatu masih ahli dan PAS ada dalam PN. Terpulang kepada parti-parti rakan lain,” katanya ketika ditanya mengenai kedudukan semasa gabungan itu.

Hadi menjelaskan, sebarang tindakan terhadap mana-mana parti dalam PN perlu diputuskan mengikut perlembagaan gabungan yang memerlukan sokongan majoriti anggota.

Dalam masa sama, beliau mendakwa PAS sebelum ini mahu membuka PN kepada lebih banyak parti termasuk Pejuang, IMAN dan MIC, namun cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh Bersatu.

Beliau turut memaklumkan bahawa mesyuarat PAS Pusat akan diadakan pada Rabu ini bagi membincangkan beberapa perkara termasuk hala tuju parti dan persiapan menghadapi PRN Johor.

Mengulas dakwaan PAS mahu menyingkirkan Bersatu daripada PN, Hadi hanya meminta semua pihak menunggu keputusan mesyuarat yang akan datang. “Tunggu mesyuarat hari Rabu,” katanya.

Berita berkaitan
PAS komited bersama PN, kepimpinan PAS tiada kuasa veto
June 13, 2026· Politik
Ketua Pemuda PAS tegaskan PAS kekal dalam Perikatan Nasional
June 12, 2026· Politik
Pejuang tekankan penyatuan pembangkang, gesa elak perpecahan
June 12, 2026· Politik
MP PAS respon isu yang bawa kepada keputusan PAS putuskan kerjasama politik dengan BERSATU
June 12, 2026· Politik