Isu ladang babi: Masa jadi kerajaan apa Perikatan Nasional-PAS buat?

April 18, 2025 · Politik · Sumber:

1. Saya berkesempatan turun berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning, Perak dan menyertai sidang media pada pagi semalam oleh Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad.

2. Sidang media berkaitan isu ladang-ladang penternakan babi berlesen di DUN Ayer Kuning yang terletak terlalu hampir dengan kawasan penempatan masyarakat Melayu yang menyebabkan gangguan bau busuk dan pencemaran air sungai.

3. Seperti biasa, dalam apa-apa isu pun, pihak caitro PH-BN biasanya akan membangkitkan tentang apa yang telah dibuat oleh PERIKATAN NASIONAL-PAS semasa menjadi kerajaan dahulu.

4. Iya, PERIKATAN NASIONAL-PAS pernah berada dalam Kerajaan Persekutuan dan Perak selepas runtuhnya kerajaan PH-BN setelah berkuasa selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

5. Ini menjadikan pihak caitro PH-BN dalam semua isu sentiasa meratibkan naratif ”masa berkuasa dulu apa PERIKATAN NASIONAL-PAS buat?” untuk menunjukkan kononnya isu yang dibangkitkan itu gagal diselesaikan oleh PERIKATAN NASIONAL-PAS sewaktu berkuasa.

6. Perubahan Kerajaan Negeri Perak berlaku sebanyak dua kali sewaktu runtuhnya Kerajaan PH-DAP iaitu pada 9 Mac 2020 dengan mengekalkan Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar.

7. Pada 10 Disember 2020 berlaku perubahan kedua apabila jawatan Menteri Besar Perak beralih pula kepada Saarani Mohamad di mana ADUN Selama dari PAS, Mohd Akmal Kamarudin dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.

8. Dan berdasarkan satu laporan media, pada 24 November 2021, Akmal telah bertindak menutup sebanyak 34 ladang babi di Perak kerana tidak memenuhi syarat pelesenan sejak penguatkuasaan Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1992 dan Kaedah-Kaedah Pengawalan Penternakan Babi 2009 (Lesen).

9. Terbukti dalam isu ladang babi ini PERIKATAN NASIONAL-PAS telah pun bertindak atas kuasanya sebagai exco pada waktu itu.

10. Insya-Allah, PERIKATAN NASIONAL-PAS akan memperjuangkan isu ini agar, sekiranya ladang tersebut tidak mematuhi syarat, kerajaan perlu bertindak sama ada menutup; memindahkan; atau sekurang-kurangnya memaksa mereka untuk mewujudkan sistem ternakan moden yang boleh mengelakkan pencemaran bau dan air.

11. Jadi sekiranya anda mendengar atau membaca kenyataan caitro-caitro PH-BN yang berkata ‘masa PERIKATAN NASIONAL-PAS berkuasa apa kamu buat?’, anda harus selidik dahulu.

12. Jangan terus percaya dengan membaca tajuk sahaja, tetapi buat carian maklumat-maklumat lama yang tercatat kukuh dalam internet.

13. PH-BN adalah sebuah kerajaan yang gagal dalam banyak isu yang melibatkan rakyat, kerana itu mereka terpaksa mengalihkan beban kegagalan itu kepada PERIKATAN NASIONAL yang kini hanya pembangkang.

14. Mereka nak cakap kononnya PERIKATAN NASIONAL-PAS pun gagal sama macam mereka, umpama Pak Pandir yang cuba beritahu pada isterinya “bukan kita saja mati anak, orang lain pun mati anak juga”

𝗬𝗕 𝗛𝗝 π—•π—”π—žπ—₯π—œ π—π—”π— π—”π—Ÿπ—¨π——π——π—œπ—‘
𝐴𝐻𝐿𝐼 𝑃𝐴𝑅𝐿𝐼𝑀𝐸𝑁 𝑇𝐴𝑁𝐺𝐺𝐴 π΅π΄π‘‡π‘ˆ
𝑇𝐼𝑀𝐡. π‘ƒπΈπ‘†π‘ˆπ‘…π‘ˆπ»π½π΄π‘Œπ΄ 𝑃𝐴𝑆 𝑀𝐸𝐿𝐴𝐾𝐴

Rujukan:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gagal-penuhi-syarat-pelesenan-34-ladang-babi-ditutup-di-perak-332703
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Majlis_Mesyuarat_Kerajaan_Negeri_Perak_2020

Berita berkaitan
Kedaulatan undang-undang: Tiada siapa yang kebal
May 29, 2025· Politik
Hentikan kerakusan pembangunan campuran Sekyen 24 Shah Alam, jangan ulangi tragedi Sri Muda
May 10, 2025· Politik
‘NFA’ kes serangan asid Faisal Halim, titik hitam dalam sejarah sukan negara!
May 8, 2025· Politik
Pentadbiran PN perlu berubah – respon Pemuda PAS terhadap pandangan DS Tuan Ibrahim Tuan Man
May 5, 2025· Politik