Kerajaan PH 2.0 kerajaan berasid, hakis keyakinan rakyat

March 9, 2025 · Politik · Sumber:

Kerajaan PH-BN ibarat pakatan berasid. Itu gambaran yang sesuai untuk diberikan pakatan kerajaan sekarang, ketika mana mereka sedang mengakis kepercayaan rakyat terhadap tindakan mereka dalam menjaga keharmonian hidup yang dinikmati rakyat sejak sekian lama.

Rakyat sekarang merasakan adanya double standard dalam tindakan kerajaan. Pada suatu masa, mereka berteriak malah berguling- guling atas jalan raya menarik perhatian dunia luar, seolah pembangkang ketika itu tidak menerima keadilan. Namun kini merekalah yang bertindak bertentangan dengan perjuangan mereka ketika menjadi pembangkang.

Kini, bila berkuasa, kerajaan PH-BN bukan hanya tidak adil dari segi layanan serta peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang, malahan mereka juga tidak adil melayan keperluan negeri-negeri yang ditadbir oleh parti yang tidak sealiran parti persekutuan.

Isu royalti petroleum yang tiada kesudahan, pembangunan lapangan kapal terbang Kulim, KXP yang terus dinafikan malahan penangguhan notis perubahan atau NOC untuk Fasa 5 KHTP sejak hampir setahun lalu bukti Kerajaan MADANI pimpinan PH tidak bersikap adil terhadap rakyat.

Terbaru, kenyataan Setiausaha Agung (SUA) PAS yang mahu kerajaan bertindak segera dan tegas terhadap semua pihak dalam isu sensitif seperti isu agama dan bangsa ini dijawab dengan angkuh oleh Menteri Dalam Negeri.

Hakikatnya, banyak kenyataan yang bersifat provokatif bukan hanya dari rakyat bawahan, tetapi ia juga datang anggota parti kerajaan yang berjawatan. Mereka sendiri yang dilihat mencabar kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, bidang kuasa dan tugas pihak-pihak berkuasa Islam mahupun kepentingan sah umat Islam.

Sepatutnya Menteri KDN yang ditolak oleh rakyat dan ahlinya itu menyambut baik saranan SUA PAS namun peluang untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka masih berpegang kepada perjuangan mereka dahulu disia-siakan. Kenyataan balas YB Senator Menteri KDN tehadap teguran SUA PAS di lihat sangat angkuh dan memberi gambaran bahawa mereka bebas buat apa saja tanpa perlu mengikut neraca keadilan yang diperjuangkan mereka dahulu.

Mengugut dengan berkata ramai pemimpin Pembangkang yang akan kena jika undang-undang 3R dikuatkkuasakan menampakkan bahawa undang-undang ini hanya terpakai kepada mereka selain anggota parti kerajaan.

Pengarah Bahagian Penyelidikan Yayasan Strategik Lestari, Dr. Mukhtaruddin Musa

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Berita berkaitan
MOU peruntukan Ahli Parlimen pembangkang tidak bersifat transformatif dan reformatif, sebaliknya bersifat mengekang, kompulsif, dan koersif
March 11, 2025· Politik
PM10 perlu diajar bezakan antara gaji dengan elaun, gaji dengan peruntukan
March 11, 2025· Politik
Mohon PMX jujur bila berkata-kata
March 10, 2025· Politik
Keharmonian masyarakat: kerajaan perlu bertindak segera dan adil, bukan menyalahkan orang lain
March 8, 2025· Politik