Pemahaman awal pembatalan PN

October 20, 2026 · Politik · Sumber:

1. Nota ini ditulis untuk kefahaman awal situasi yang berlaku. Ia bukan untuk mempertikai keputusan Mahkamah, atau membelakanginya.

2. PN memfailkan Semakan Kehakiman untuk batalkan 2 notis ROS – [Notis 1] 22.9.2026 (show cause), dan [Notis 2] 23.9.2026 (Gantung aktiviti).

3. Kebenaran Mahkamah diperlukan.

4. Pada 13.10.2026, Mahkamah mendengar 2 permohonan PN – 1. Kebenaran membuat Semakan Kehakiman, 2. Penggantungan sementara Notis 2 iaitu penggantungan aktiviti PN.

5. AG berhujah pada 13.10.2026 bahawa Notis 1 bukanlah satu “KEPUTUSAN”. Undang-undang menyatakan bahawa Semakan Kehakiman hanya boleh dilakukan jika ada “Keputusan”. AG berhujah lanjut bahawa Semakan Kehakiman PN adalah “pre-mature” (pra-matang).

6. Mahkamah benarkan kebenaran. Kesimpulannya, Mahkamah tidak setuju dengan AG, bahawa belum ada “keputusan”. Mahkamah benarkan cabaran diteruskan ke atas “keputusan” tersebut.

7. Hari ini, ROS mengeluarkan keputusan membatalkan Pendaftaran PN. Ia adalah lanjutan daripada Notis 1 tadi.

8. Soalnya sekarang, bolehkah ROS membuat Pembatalan PN lanjutan daripada Notis 1, sedangkan Notis 1 (yang diterima Mahkamah sebagai satu keputusan yang boleh dicabar) MASIH BELUM DIPUTUSKAN OLEH MAHKAMAH?

9. ROS menjawab surat PN memohon penjelasan tentang status PN pada 6.10.2026 menyatakan bahawa isu yang dibangkitkan oleh PN AKAN DIJAWAB DI MAHKAMAH.

10. Pada 13.10.2026, AG memohon daripada Mahkamah untuk memfailkan Afidavit bagi menjawab Permohonan 2 – menggantung Notis 2 yang menggantung aktiviti PN.

11. Mahkamah tetapkan 22.10.2026 (2 hari lagi) untuk mendengar permohonan penggantungan Notis 2.

12. Soalnya, sekiranya AG sendiri meminta peluang untuk ROS failkan Afidavit, bolehkah ROS terus membuat Pembatalan PN pada hari ini?

13. Undang-undang adalah “cold letter”. Namun ia harus diaplikasi dengan prinsip keadilan, empati dan hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan.

14. Keadilan dalam undang-undang membabitkan keadilan substantif dan juga keadilan tatacara (procedural justice).

15. Tidak pula saya terfikir saya akan lalui zaman dimana kedua-duanya menjadi satu kekeliruan yang membimbangkan.

16. Apapun, kita tunggu apa akan berlaku pada 22.10.2026 kerana masih awal untuk kita menelah, kerana situasi sebegini, sepengetahuan saya tidak pernah berlaku.

DR. YUSFARIZAL YUSSOFF
20.10.2026

* Dr. Yusfarizal Yusoff adalah Ketua Penerangan Pas Selangor.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi portal ini.

Berita berkaitan
PRN Melaka: UMNO sahkan PN rakan strategik BN
October 29, 2026· Politik
PN guna logo sendiri dalam PRN Melaka, calon umum 29 Oktober
October 26, 2026· Politik
PN mulakan prosiding tatatertib terhadap Bersatu, beri tempoh jawab pertuduhan
October 26, 2026· Politik
PAS boleh guna logo bulan jika tidak dapat guna logo PN
October 21, 2026· Politik