Inilah satu-satunya masa PAS terlibat secara langsung sebagai anggota kerajaan. Boleh bilang dengan jari wakil-wakil rakyat PAS di sana. Bercampur dengan BN, Bersatu dan sebagainya.
Tetapi masyarakat tetap mengharapkan PAS melakukan keajaiban:-
1. Terus buat hukum hudud;
2. Hapuskan judi;
3. Hapuskan Akta Laut Wilayah;
4. Benarkan pramugari bertudung;
5. Dan banyak lagi.
Semua atas bahu dan pundak PAS. Dan setiap kegagalan tersebut disandarkan kepada lemahnya PAS, tidurnya PAS.
Adillah. DSAI yang hebat itu pun tidak boleh melakukan banyak perkara ketika kerajaan PH memerintah walhal isterinya Timbalan Perdana Menteri. Sehingga sekarang ini semuanya disalahkan kepada Tun Mahathir. Dulu tak tegur ka? Kalau nak guna hujah begitu.
Dalam kerajaan PH-BN sekarang ini pun banyak sekali kompromi, atas alasan, manifesto asal tidak boleh pakai kerana ini kerajaan banyak parti dan banyak manifesto. Nak asingkan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pun tidak mampu. Susah bukan?
Apatah lagi kedudukan PAS yang sangat minoriti dalam kerajaan.
Kalau nak lihat PAS buat semua itu, pilihlah PAS jadi Kerajaan Persekutuan dengan majoriti besar. PAS telah menyebut lama tentang kerajaan teknokrat sekiranya memerintah. Tidak, anda tidak akan melihat lebai semata-mata.
PAS dapat Kedah pun terus batalkan lesen judi, buat undian pemilihan kontraktor secara siaran langsung, dan tegas merobohkan kuil haram yang degil. Kedah juga telah bawa pelaburan paling tinggi dalam keterbatasan dan pembulian persekutuan. PAS boleh saja mentadbir jika diberi peluang.MB Sanusi bukan lebai.
Akan ada yang terus-terusan menyindir, nak mundur macam Kelantan dan Terengganu, undi PAS. Walhal, Terengganu diperintah oleh BN dahulu jauh lebih teruk sehinggakan stadium pun boleh runtuh. MB Dr Sam telah banyak perbaiki negeri dengan membayar hutang dan memulihkan projek-projek bunian. Itupun dikatakan tidak pandai mentadbir. MB Dr Sam bukan lebai. Sedih.
Cubalah, sekurang-kurangnya PAS tiada kes rasuah untuk anda risaukan.
Pengarah JUHAM PAS Selangor, Yusfarizal Yussoff
*Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.