Merujuk kepada beberapa portal yang mengulas tentang Perluasan Cukai SST yang melibatkan lebih dari 4,000 barangan dan perkhidmatan, ianya amat mengejutkan apabila ada beberapa jenis ikan dari spesis ikan pelagik turut dikenakan cukai SST antaranya Ikan Sardin, Kembung India, Kembung, Cencaru, Selar, Tamban, Ikan Kayu serta beberapa jenis ikan lainya dalam kategori yang sama.
siraplimau.com/senarai- barang-kena-cukai-2025/
Kebanyakan ikan-ikan ini termasuk dalam category ikan rakyat. Ikan Rakyat, yang hari ini dikenali sebagai Q’Fish, adalah program yang diperkenalkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk menawarkan ikan segar beku berkualiti pada harga berpatutan.
Program ini pada asalnya dikenali sebagai Ikan Rakyat, tetapi kemudiannya dijenamakan semula sebagai Q’Fish untuk menarik minat orang ramai dan menekankan kualiti produk tersebut.
Q’Fish adalah penjenamaan semula bagi program Ikan Rakyat yang diperkenalkan pada tahun 2013 bertujuan untuk membantu menstabilkan harga ikan dan mengurangkan impak kenaikan kos sara hidup pengguna, serta memastikan rakyat mendapat akses kepada ikan segar berkualiti merangkumi beberapa jenis ikan segar beku yang popular seperti kembung, selar, pelaling, selayang, cencaru, aya, tilapia, dan keli.
Kita bayangkan apabila cukai SST di kenakan terhadap ikan-ikan ini sudah pasti harganya akan naik dan mengurangkan kuasa beli rakyat terutama golongan B40.
Mungkin majoriti rakyat tidak kisah sekiranya ikan Tuna, Salmon, Kod, Kerapu, Herring,Sea Chicken dan beberapa jenis ikan lainnya yang dianggap ikan kayangan dikenakan cukai tambahan kerana sememangnya ikan-ikan ini mahal dan hanya untuk gulongan atasan dan mahakaya sahaja.
Tetapi apa kesannya pula sekiranya ikan kembung, selar dan beberapa jenis ikan lagi yang di anggap ikan rakyat dikenakan cukai SST dan harganya naik?
Oleh itu jika dikatakan bahawa perluasan cukai SST ini tidak menjejaskan golongan marhaen B40 adalah suatu yang diluar norma fikiran akal yang sehat. Kerana ikan-ikan yang disebutkan ini menjadi sumber protin utama rakyat Malaysia dan harganya berpatutan walaupun sejak akhir-akhir ini berlaku sedikit kenaikkan harga.
Persoalannya, apakah Kerajaan benar-benar telah meniliti kesannya dan melakukan libat urus secara telus sebelum membuat keputusan untuk mengenakan cukai SST terhadap ikan-ikan yang dinyatakan ini.
Adalah sangat tidak wajar bagi menguatkan dan memperkukuhkan fiscal negara Kerajaan mengambil jalan mudah dengan mengutip wang rakyat melalui perluasan cukai SST seolah- olah rakyat menjadi mesin ATM buat kerajaan.
Oleh itu kami menggesa agar Kerajaan mengkaji semula dan mempertimbangkan hasrat untuk memperluaskan cukai SST kepada sektor perikanan terutamanya terhadap ikan-ikan yang di anggap sebagai ikan rakyat.
YB Hj Bakri Jamaluddin
Ketua Penerangan PN Melaka
Ahli Parlimen Tangga Batu
20.06.2025
*Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.