1. Anwar Tidak Hormati Hak Berhimpun
Kerajaan hanya tunduk kepada Mahkamah. Kenyataan Shamsul Iskandar bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduannya “menghormati hak berhimpun” adalah pembohongan terang-terangan dan cubaan memutar belit fakta yang memalukan. Hakikatnya, kerajaan PH-BN hanya terpaksa membenarkan Himpunan Turun Anwar selepas Mahkamah Persekutuan pada 1 Julai 2025 mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman tidak berperlembagaan. Lebih hipokrit lagi, Anwar dan pemimpin PH-BN menggambarkan Himpunan Turun Anwar sebagai “tidak demokratik”. Kerajaan turut menggunakan agensi seperti PDRM, DBKL dan pihak berkuasa tempatan untuk menyekat pelbagai perhimpunan aman, termasuk:
- Himpunan Selamatkan Enakmen Syariah
- Himpunan Solidariti Najib dan Titah Adendum
- Himpunan Selamatkan Malaysia dan Rakyat Lawan Anwar
Malah, Himpunan Turun Anwar turut diganggu sejak malam 25 Julai 2025:
- Sekatan jalan raya dipasang,
- Pemasangan pentas diganggu,
- Pentas himpunan turut dibuka dan diambil oleh DBKL.
Justeru, kerajaan ini tidak layak mendakwa diri sebagai pejuang demokrasi, apatah lagi menjaja naratif kononnya mereka meraikan kebebasan berhimpun.
2. Sekatan Suara: Perbandingan Era Anwar vs Muhyiddin
Sekatan Media Sosial Meningkat Di Bawah Anwar. Di bawah pentadbiran Anwar:
- Malaysia mencatat rekod sebagai negara paling banyak meminta TikTok menurunkan kandungan — 1,862 permintaan dalam suku kedua 2023.
- Bagi Meta (Facebook dan Instagram), lebih 4,700 kandungan disekat dalam separuh kedua 2023.
Sebaliknya, ketika era Tan Sri Muhyiddin:
- Tiada tindakan agresif terhadap media sosial.
- Rakyat bebas menyuarakan pandangan dan kritikan — termasuk semasa pandemik — tanpa tekanan kerajaan.
3. Sekatan Laman Web dan Blog Kritikal
Di bawah Anwar:
- Laman MalaysiaNow, UtusanTV, serta blog milik Ahli Parlimen pembangkang telah disekat, khususnya menjelang PRN 2023.
Di bawah Muhyiddin:
- Tiada sekatan terhadap portal berita atau blog pengkritik.
- Media bebas terus aktif — menandakan ruang bersuara masih terbuka luas.
4. Pendekatan Undang-Undang: Repressif vs Reformasi
Kerajaan Anwar:
- Aktif menggunakan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM).
- Menghidupkan semula Akta Hasutan 1948, terutama bagi menyekat kritikan terhadap institusi diraja dan agama.
- Merancang undang-undang digital baru, termasuk:
- “Kill switch” untuk menutup platform,
- Perlesenan media sosial,
- Kawalan ketat terhadap kandungan digital.
Kerajaan Muhyiddin:
- Meletakkan moratorium terhadap Akta Hasutan pada 2020.
- Mengarahkan kajian untuk meminda atau memansuhkannya.
“Kerajaan tidak akan menggunakan Akta Hasutan sementara ia dikaji semula, dan ini termasuk memberi pertimbangan untuk memansuh atau menggantikannya dengan undang-undang yang lebih sesuai.” Ini membuktikan pendekatan kerajaan Perikatan Nasional (PN) lebih reformis dan menghormati kebebasan bersuara.
Tindakan Terhadap Individu dan Kritikan Awam
Kerajaan Anwar:
- Netizen, pengkritik kerajaan, dan pemimpin pembangkang disiasat, ditahan atau didakwa hanya kerana kritik di media sosial.
- Tindakan undang-undang dilaksanakan secara selektif terhadap pembangkang.
Kerajaan Muhyiddin:
- Meskipun berdepan kritikan hebat semasa pandemik, tiada tindakan keras diambil terhadap pengkritik.
- Media sosial kekal bebas dan menjadi medan terbuka untuk rakyat menyuarakan ketidakpuasan.
5. Apa Yang Muhyiddin Buat Semasa Menjadi PM8?
Tan Sri Muhyiddin Yassin mempamerkan kepimpinan cekap dan berprinsip semasa krisis pandemik. Antara inisiatif besar beliau:
- Pakej PRIHATIN RM250 bilion, disusuli lima lagi pakej rangsangan berjumlah RM530 bilion.
- Moratorium automatik pinjaman bank untuk rakyat dan perniagaan.
- Bantuan tunai langsung: BPN, BPR, BKC.
- Subsidi upah RM600–RM1,200 — menyelamatkan 2.8 juta pekerjaan.
- Pengeluaran KWSP: i-Lestari, i-Sinar, i-Citra (berjumlah RM145 bilion).
- Program vaksinasi: 70% populasi divaksin dalam tempoh 6 bulan.
- Diskaun elektrik, bantuan makanan, penangguhan sewa rumah.
- Harga RON95 dan Diesel diturunkan ke RM1.25/liter dan RM1.40/liter, OPR turun ke 1.75%.
Semua langkah ini dilaksanakan tanpa cukai tambahan, tanpa peningkatan tarif elektrik, dan tanpa menarik subsidi rakyat, berbeza dengan kerajaan Anwar yang membebankan rakyat.
6. Ekonomi Era Anwar: Retorik Reformasi, Realiti Krisis
Di bawah kerajaan Anwar, prestasi ekonomi semakin merudum walaupun tiada pandemik:
- Imbangan perdagangan jatuh ke RM0.8 bilion (2025) – terendah dalam satu dekad.
- Pelaburan asing (FDI) menjunam, pelabur lari ke negara jiran.
- Jualan runcit hanya naik 5–7%, berbanding +56.4% semasa era Muhyiddin.
- Hutang negara meningkat ke 70.4% KDNK – tertinggi dalam sejarah moden.
- Tarif elektrik naik 13% pada Julai 2025 walaupun kos bahan api global menurun.
- Rakyat dibebani dengan krisis beras, inflasi tinggi, kenaikan cukai dan penghapusan subsidi.
7. Tinjauan Rakyat: Muhyiddin Calon Pilihan, Anwar Ditolak
Kajian Institut MASA dan MalaysiaNow (Jun–Julai 2025) menunjukkan:
- Hanya 33% rakyat menyokong Anwar sebagai PM.
- Tan Sri Muhyiddin muncul sebagai calon paling diyakini dengan sokongan 41%.
- Rakyat turun ke jalan bukan kerana dimobilisasi, tetapi kerana terlalu kecewa dengan kerajaan PH-BN.
8. Anwar: Perdana Menteri Tanpa Mandat, Lahir Daripada Pengkhianatan
Tan Sri Muhyiddin tidak pernah dijatuhkan oleh rakyat, sebaliknya disingkir kerana enggan tunduk kepada desakan melantik pemimpin berdepan pertuduhan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Prinsip dan integriti beliau menjadi punca pengkhianatan politik. Dalam PRU15 dan enam Pilihan Raya Negeri:
- Perikatan Nasional membuktikan dominasi sebagai gabungan paling diyakini rakyat.
- UMNO, PKR dan PH semakin lemah.
- PAS dan BERSATU kini dominan dalam landskap politik Melayu-Islam.
Anwar menjadi Perdana Menteri bukan atas mandat rakyat, tetapi hasil:
- Penipuan oleh Zahid Hamidi,
- Manipulasi surat sokongan,
- Pengkhianatan terhadap pengundi BN dan PH.
Tun Faisal Ismail Aziz
Ketua Penerangan Bersatu
28 Julai 2025
*Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.