Tan Sri… buanglah EGO Tan Sri tuu..

July 18, 2026 · Politik · Sumber:

Nampak macam tiada kesudahan, Pengerusi Bersatu terus menerus menyatakan kekesalannya, ketidakpuasan hatinya terhadap PN. Dalam situasi kita merayu undi, kempen dan tunjuk kemampuan parti untuk pastikan undi diperoleh calon-calon parti kita.

Tapi Tan Sri memilih cara kempen songsang. Asyik menyalahkan orang lain. Asyik bangkitkan PN itu Tan Sri punya. Sampai bila Tan Sri nak berada dalam posisi ini? Dah Tan Sri pilih lambang parti Tan Sri untuk digunakan kali ini di PRN Negeri Sembilan. itu langkah positif dan terbaik. Jati diri terserlah.

Tapi Tan Sri iringinya dengan itu, dengan ini, kenapa begitu, kenapa begini? Bukankah baik Tan Sri pandang kehadapan. Bawa insprisari parti Bersatu agar mempengaruhi pengundi hingga diterjemahkan dalam kertas undi. Buktikan calon-calon parti Tan Sri mampu menang.

Tan Sri…. BN dah ketepikan EGO mereka, PAS sanggup memberi laluan, lupakan persengketaan lama. Puluhan tahun… kita bersengketa sesama kita. Bukan semua kita setuju dengan Umno dan BN. Rakyat nak melihat penyatuan antara kita.

Sudah jelas dan terang PRN Johor, Negeri Sembilan dan menanti di hadapan kita Melaka. Kalahkan dulu PH DAP. Kuasa politik melayu Islam lebih utama. Kita fokus yang lebih utama dulu.

Semua parti ada kaedah pendekatan. Bukan gadai prinsip parti. Kita cari titik persamaan dalam jutaan perbezaan dan perbalahan yang panjang. Kami tidak putuskan hubungan silaturahim dengan Tan Sri.

Apalagi kami ada kenangan manis bersama Tan Sri. Kehebatan dan kemampuan Tan Sri sebagai Perdana Menteri tetap kami sematkanya di catatan sejarah negara dan anak cucu kita.

Cuma kami minta Tan Sri berlapang dada seketika. Hentikan dulu memperbesarkan ketidak puasan hati. Berhentilah bangkitkan PN Tan Sri punya. Carilah jalan damai atau apa-apa jalan yang penuh persimpangan. Tan Sri boleh pilih sendiri. Asal ianya membawa kebaikan bersama.

Akhir sekali, Tan Sri sepatutnya berterima kasih kepada pemimpin PN yang ada hari ini. Mereka memilih jalan tidak mendedahkan semua rahsia tentang Tan Sri. Kenapa begini kenapa begitu. Jika terdedah bukan bawa kebaikan pun. Jadi memadailah pimpinan PN terus pandang ke hadapan.

Ibarat kata lagu rakyat nogori… jang eh jang… orang ke bulan engkau di mano? Ni dah pertengahan tahun 2026, penyatuan parti-parti melayu dengan titik persamaan. Satu kesepakatan besar membawa kuasa politik melayu kembali kepada tempatnya.

Siapa yang ada laluan dengan Tan Sri, tolong sampaikan hasrat dan coretan ini kepada Tan Sri Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Kami sayang Tan Sri. Kami Ikhlas kepada Tan Sri. Kami rakyat Malaysia tidak lupa jasa Tan Sri.

Sekian
Naraza Muda
Jumaat 17 Julai 2026

Berita berkaitan
UMNO wajib sokong semua calon PN, PN pula bantu calon BN di PRN Negeri Sembilan
July 20, 2026· Politik
Tak perlu bubar bila banyak negeri tak sokong PMX, PN takda masalah Zahid jadi PM
July 20, 2026· Politik
Gelombang biru di PRN Negeri Sembilan bakal jadi permulaan tsunami politik menuju PRU16
July 18, 2026· Politik
25 DUN BN, 11 DUN PN, puzzle lengkap benam PH di Negeri Sembilan
July 17, 2026· Politik