Tarik balik permohonan imuniti!

May 31, 2025 · Politik · Sumber:

1.Malaysia dikejutkan semalam dengan berita permohonan imuniti oleh seorang Perdana Menteri.

2.Permohonan seperti ini tidak pernah berlaku dalam sejarah negara dan tidak pernah dilakukan oleh kesemua Perdana Menteri sebelum ini.

3.Ianya jelas menggambarkan Perdana Menteri ke 10 ini benar2 lain dari yang lain.

4.Orang yang sama juga merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang pernah dibicarakan atas kes jenayah liwat.Ini juga luarbiasa dan lain dari yang lain.

5.Saya menggesa Dato Seri Anwar Ibrahim segera menarik balik permohonan imuniti ini.Sebagai Presiden sebuah parti bernama Keadilan, apakah beliau belum cukup faham keadilan itu tempatnya di mahkamah?

6.Sebagai kerajaan madani, apakah beliau lupa Saidina Ali mencari keadilan peristiwa baju besinya dicuri di mahkamah?Malah beliau mengingatkan hakim agar melayaninya sama dengan yang lawannya seorang yahudi!

7.Dimahkanah Saidina Ali sendiri menegur hakim memanggilnya khalifah.Beliau hanya mahu dipanggil Ali.Berbeza samasekali dengan PM Malaysia yang menggunakan dan memperalatkan jawatan Perdana Menteri !

8.Perdana Menteri melalui peguam2nya berhujah bahawa sebagai Perdana Menteri perbicaraan akan mengganggu tugasnya sebagai PM dan kestabilan negara.Maka jalan yang betul adalah berhenti sementara dari jawatan dan tugas PM dan hadir di mahkamah sebagai seorang Anwar!

9.Cukuplah..mengheret masalah peribadi untuk rakyat biasa menanggungnya.Sejak 1998 kami rakyat biasa diheret untuk menannggung masalah peribadi kamu.Saya sendiri lalui 2 penjara dan berbelas lokap.Ramai yang seperti saya.Menanggung derita kerana kes dan masalah peribadi seorang ketua seperti kamu!

10.Dan hari ini kamu menjadi ketua negara dan sanggup mengheret seluruh rakyat dan negara dengan menggunakan jawatan Perdana Menteri untuk lari dari proses keadilan.

11.Kalau dulu kamu kata mahkamah tidak adil kerana kamu bukan PM dan kerajaan.Sekarang kamu seorang PM, apa lagi alasan kamu?Seorang PM tidak mampu pastikan mahkamah berjalan secara adil?Itulah sebenarnya tugas kamu,beri jaminan kepada hakim sepertimana Saidina Ali beri jaminan kepada hakim yang membicarakannya untuk jalankan tugas secara adil walaupun dia seorang khalifah!

12.Tarik balik permohonan imuniti dan hadirlah dimahkamah sebagai Anwar Ibrahim yang berdepan dengan Yusof Rawther atas sifat dan nilai yang sama sebagai manusia yang mencari keadilan dihadapan seorang hakim!

Mohamad Ezam Mohd Nor
Banduan Penjara Kajang dan Kem Tahanan Kamunting 2001-03.

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Berita berkaitan
Peguam Negara perlu campur tangan isu perdana menteri memohon kekebalan di mahkamah
May 29, 2025· Politik
Kedaulatan undang-undang: Tiada siapa yang kebal
May 29, 2025· Politik
Tarik balik subsidi gas: Rompakan terbaru Kerajaan Madani
May 29, 2025· Politik
Nurul Izzah perlu desak PMX tamatkan kontrak Azam Baki
May 27, 2025· Politik