Mahathir had a take about how Malays will be kicked out of the city but doesn’t give you the details, so I will expand it a bit.
Masalah kerajaan dengan Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) ialah mereka hanya lihat masalah bangunan lapuk dan bukannya masalah sosial yang perlu ditangani dahulu.
Andaikan ada seorang pemilik unit yang kerajaan nak roboh dan bina semula apartmentnya.
Dia kerja untuk menampung keluarga cukup-cukup saja dan kerajaan nak paksa dia jual.
Dia kena beli rumah sekali lagi ke? Kat mana? Tempat duduk dia dekat tempat kerja sekarang. Kalau kamu paksa dia jual dan pampasan hanya cukup untuk beli rumah yang jauh dari rumah sekarang, adakah dia mampu jual?
Dalam soal kawasan buruk, kotor, lapuk, tapi itulah yang dia ada dan tetiba ada orang nak rampas apa dia ada dan hanya nak bincang soal duit pampasan aje, mana dia sudi nak jual?
Dah lah kalau dia jual dan mampu beli balik satu unit, dia perlu bayar lebih untuk penyelenggaraan sebab bangunan baru.
Kenapa kerajaan kita suka sangat nak wujudkan situasi di mana orang yang low income disangkut dengan beban kewangan lebih?
Bila mereka berdepan dengan masalah macam ni, adakah mereka ini dalam golongan 25% yang enggan jual yang akan dipaksa jual juga kerana akta baru?
Bagaimana pula dengan mereka yang sudi jual? Apakah hak mereka kan?
Tahukah anda, pada tahun 2010, penyiasatan dalaman menunjukkan 500 staf MBPJ telah dibenarkan membeli unit low cost? (1)
Unit semua ni kemudiannya disewa keluar, ada juga yang disewa kepada orang asing.
Pemilik macam mereka ni tak perlukan unit mereka dan pampasan yang ditawarkan mungkin cukup. Adakah ini akan secara tidak adil memenuhi undi sudi menjual dan menganiayai pemilik yang betul-betul memerlukan unit / rumah mereka?
Kalau pembangunan semula menyebabkan orang miskin tak mampu tinggal berterusan di kawasan sama atas sebab kos kehidupan, memanglah orang miskin tu akan disingkirkan dari bandar secara halus.
Kita tak lihat ketidakadilan benda tu, tak nak ambil tahu masalah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu, hanya nak cari jalan untuk buat pembangunan semula.
Jadi sebelum kamu suka saja cakap nak bina semula, kenapa tak lihat bagaimana kerajaan boleh membaik pulih kawasan sedia ada dahulu?
Peace.
1. MBPJ’s Low Cost Flat Fiasco Revisited –
https://www.facebook.com/share/p/15fZ1mAGf8/
Mak Khuin Weng
*Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.