1. Sir pendekkan cerita REVOLUSI POLITIK tu begini untuk semua berfikir.
2. Revolusi banyak kali berlaku dalam dunia termasuk lah negara kita.
3. Kita ambil revolusi hari ini yang bermula sejak tahun 2018 lalu.
4. Kenapa 2018 baru bermula nya revolusi?
5. Kerana itulah pertama kali rakyat berani untuk menukar kerajaan UMNO BN.
6. Sejak 2018 Revolusi yang berlangsung telah mengajar Rakyat banyak pekara.
7. Pekara paling penting bagi mereka adalah melihat dengan jelas dan kenal apa itu politikus.
8. Revolusi yang tercetus menggilirkan satu persatu parti Politik dan pemimpin yang ada.
9. Apabila Tun Mahathir meletakkan jawatan Perdana Menteri tahun 2020 jawatan tersebut menjalar bagaikan ular.
10. Kita sendiri melihat bagaimana Perebutan kuasa berlaku sejak hari itu.
11. UMNO yang tak seteru dengan BERSATU telah menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM.
12. Baru 17 bulan ditampuk kuasa UMNO menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin sehingga terpaksa meletakkan jawatan.
13. Sekali lagi berlaku perebutan kuasa diantara sesama mereka politikus yang ada.
14. Dan kali ini Dato Sri Ismail Sabri dari UMNO setelah disokong parti BERSATU diangkat menjadi Perdana Menteri
15. Namun tak sampai 14 bulan parti UMNO sendiri mendesak Ismail Sabri membubarkan parlimen dan berundur dari tampuk kuasa.
16. PRU15 mengambil tempat yang mana tidak ada mana mana parti menang pilihanraya dan layak diangkat sebagai Perdana Menteri
17. Sekali lagi perebutan kuasa berlaku yang mana kita sendiri lihat bagaimana UMNO menyokong Anwar Ibrahim dari PKR sebagai Perdana Menteri mengkhianati ahli UMNO
18. Perlembagaan dicabuli, Hak ahli parlimen mengikut perlembagaan tidak lagi dipeduli oleh Politikus ini semua.
19. Anwar Ibrahim PKR sebagai Perdana Menteri yang tak menang pilihanraya membuatkan lebih ramai Rakyat mula ambil bahagian dalam Revolusi ini.
20. Dan sehingga ke saat ini Rakyat semakin membuak buak marah, geram dan menyampah dengan Politikus yang ada.
21. UMNO BERSATU dan PKR semua nya bila berada dipuncak kuasa menjadi tamak rakus dan memualkan Rakyat.
22. Lawan Korupsi yang dilaungkan BERSATU, UMNO & PKR semua nya untuk memperbodohkan Rakyat.
23. Malah Undang undang dan Perlembagaan Negara mereka cabuli demi tembolok kerakusan kuasa Politik mereka.
24. Rakyat semakin sedar Revolusi yang bermula sejak 2018 itu mengajar mereka apa itu Politikus Mabuk Kuasa.
25. Tetapi adakah revolusi ini telah berakhir?
26. Revolusi ini belum berakhir kerana penggiliran yang berlaku belum lagi lengkap.
27. Mungkin selepas ini kita akan lihat pula PAS ditampuk Kuasa Negara sebagai Perdana Menteri.
28. Adakah PAS mampu melepasi ujian dengan Kuasa dan pangkat yang akan dipikul kelak?
29. Adakah Perdana Menteri dari PAS kelak benar bersih dan tegas melawan Korupsi seperti yang mereka laungkan?
30. Kita akan saksikan nya. Kita semua sedang menyaksikan Revolusi ini bersama sama.
31. Ini penutup kepada Revolusi Politik negara yang telah mengajar Rakyat tahu apa itu Politik dan kenal Politikus Mabuk Kuasa.
32. Selepas ini Revolusi ini berakhir kita akan bersama sama Reset dan Reborn negara ini.
33. Demi masa depan anak cucu cicit kita semua.
34. InsyaAllah
WAN MUHAMMAD AZRI (SIR AZRI)
31 DISEMBER 2025