Nasib Kampung Sungai Baru mesti terus diperjuangkan

March 26, 2025 · Politik · Sumber:

Di saat kehangatan penghujung Ramadan kian terasa, ada segelintir rakyat Malaysia dipaksa keluar dari kampung yang didiami sekian lama.

Mereka bukan pendatang atau warga asing, kebanyakan mereka adalah keluarga Melayu yang tinggal di sebuah tanah rizab Kawasan Penempatan Pertanian Melayu (MAS) yang diwartakan.

Di mana suara kerajaan terhadap nasib keluarga yang bakal merempat ini?

Mereka menerima notis pengosongan segera dan sebelumnya telah “dipagar” bagai banduan di tanah sendiri. Penceroboh melanggar prosedur pihak berkuasa.

Pemaju tidak mematuhi arahan dan membayakan keselamatan penduduk apabila menggunakan jentera berat tanpa kebenaran.

Tidak ada seorang pun pemimpin kerajaan yang sudi turun berjumpa mendengar keluhan dan suara hati keluarga-keluarga yang menjadi mangsa walupun dipanggil berkali-kali.

Mujur keputusan semalam daripada mahkamah membenarkan kediaman flat penduduk tidak dirobohkan buat sementara waktu sehingga permohonan penuh dibicarakan pada 22 April 2025.

Dalam tempoh itu, penduduk masih tidak boleh duduk selesa kerana berita baik belum pasti menyebelahi penduduk. Perjuangan ini belum selesai.

Apa nasih mereka selepas ini dan apa tindakan kerajaan?

Penduduk tidak mahu dibeli dengan pampasan, tetapi mereka mahu terus terus tinggal di tanah warisan yang sepatutnya dikekalkan agar tidak lupus kampung Melayu di bandar.

Afidavit diterima penduduk mengatakan pemaju akan membina kondo mewah di kawasan tersebut dan dijual kepada orang luar.

Nilai tanah di situ akan melonjak tinggi dan segala pembangunan yang bakal dibuat meningkatkan kos sara hidup di kawasan tersebut yang sedia membebankan.

Apa yang telah berlaku sebelum ini membuktikan mustahil penduduk asal di situ akan kembali dan rakyat yang mencari sumber pendapatan di situ tidak lagi dapat meneruskan hidup di kawasan mewah itu.

Di saat negara kita belum mempunyai Akta PSB, begini parah sudah keadaannya, bayangkan selepas Akta PSB ini diperkenalkan selepas ini. Pastinya pihak pemaju akan lebih bongkak dan angkuh ketika proses pengambilan tanah selepas ini.

Sekian

Ketua Penerangan PAS Selangor, Zurk Ahmad

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Berita berkaitan
Kedaulatan undang-undang: Tiada siapa yang kebal
May 29, 2025· Politik
Hentikan kerakusan pembangunan campuran Sekyen 24 Shah Alam, jangan ulangi tragedi Sri Muda
May 10, 2025· Politik
‘NFA’ kes serangan asid Faisal Halim, titik hitam dalam sejarah sukan negara!
May 8, 2025· Politik
Pentadbiran PN perlu berubah – respon Pemuda PAS terhadap pandangan DS Tuan Ibrahim Tuan Man
May 5, 2025· Politik